
Langkah Kerajaan Perkukuh Keseimbangan Ekonomi
KUALA LUMPUR, 6 Mac – Kerajaan terus mengutamakan prinsip keterangkuman dalam memastikan kesejahteraan negara dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Melalui dasar komprehensif, kerajaan berusaha memastikan rakyat memperoleh manafaat secara adil dan saksama daripada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.
Galakan Pelaburan Dalam Sektor Pelaburan Tinggi
Sebagai usaha untuk memperkukuhkan pengagihan ekonomi, kerajaan menggalakan pelaburan dalam sektor berteknologi tinggi dan bernilai tinggi. Langkah ini bertujuan untuk membina ekosistem perniagaan yang kondusif, menarik lebih ramai pelabur, serta merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Kesannya, lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti tinggi dapat diwujudkan, sekali gus membantu meningkatkan taraf hidup rakyat.

Inisiatif Ekonomi bagi Meningkatkan Taraf Hidup
Bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif strategik, termasuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, serta Belanjawan 2025.
Langkag-langkah ini dirangka untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi, dan meningkatkan taraf hidup rakyat secara menyeluruh. Selain itu, Inisiatif Pendapat Rakyat (IPR) turut diperkenalkan untuk melengkapkan program pembasmian kemiskinan yang dikendalikan oleh pelbagai kementerian dan agensi. Program ini menyediakan sokongan modal dan kemudahan perniagaan bagi membantu peserta menjana pendapatan secara secara berterusan.
Dasar Gaji untuk Menyokong Daya Saing Tenaga Kerja
Dalam usaha memperkukuhkan daya saing tenaga kerja serta meningkatkan pendapatan rakyat, kerjaan memperkenalkan dasar gaji progresif dan menyemak semula kadar gaji penjawat awam. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan kuasa beli rakyat, memperkukuh ekonomi domestik, serta memastikan kesejahteraan pekerja dalam pelbagai sektor.
Bantuan Kewangan dan Langkah Menangani Kos Sara Hidup
Sebagai langkah tambahan, kerajaan terus menyalurkan bantuan kewangan kepada kumpulan sasar yang layak, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Inisiatif Payung Rahmah turut diperkenalkan sebagai usaha membantu rakyat mengurus kos sara hidup agar kuasa beli mereka dapat dikekalkan dan taraf hidup lebih terjamin.
Melalui pelaksanaan pelbagai dasar dan inisiatif ini, kerajaan komited untuk mewujudkan sistem ekonomi yang lebih saksama, inklusif, dan mampan sekali gus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih makmur serta berdaya saing di peringkat global.
Sumber: Bernama