
Mahkamah Persekutuan Tolak Cukai Berganda oleh LHDN
PUTRAJAYA, 14 Mac – Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak berhak mengenakan taksiran cukai tambahan RM81 juta terhadap sebuah syarikat perladangan, Kind Action (M) Sdn Bhd (KASB), kerana ia menyebabkan syarikat terbabit dikenakan cukai dua kali bagi taksiran yang sama.
Keputusan Mahhamah Persekutuan
Panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, secara sebulat suara menyatakan bahawa tindakan LHDN mengenai cukai tambahan tanpa membatalkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) yang terdahulu adalah tidak sah. Oleh itu, tindakan bercanggah dengan undang-undang sedia ada.
Latar Belakang Kes
KASB telah menjalankan transaksi jualan tanah di Johor antara tahun 2007 hingga 2017 dan membayar RPGT seperti yang ditetapkan di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (RPGTA). Bagaimanapun, selepas audit yang dijalankan pada tahun 2019, LHDN menilai semula transaksi tersebut dan mendapati bahawa aktiviti itu sepatutnya dikatogorikan sebagai perniagaan. Oleh itu, LHDN mendakwa KASB perlu membayar cukai pendapatan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP).
Akibatnya, LHDN mengeluarkan transaksi cukai tambahan serta penalti yang berjumlah lebih RM81 juta tanpa membatalkan transaksi RPGT yang telah dikenakan sebelum ini.

Rayuan KASB ke Mahkamah
KASB tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan telah mengemukakan rayuan kepada Pesuruhanjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) serta memfailkan semakan kehakiman di Mahhamah Tinggi bagi membatalkan taksiran cukai tambahan itu. Syarikat berkenaan juga memohon pengisytiharan bahawa tindakan LHDN adalah bertentangan dengan undang-undang.
Mahkamah Tinggi pada mulanya menolak permohonan semakan kehakiman KASB dan berpendapat bahawa isu tersebut perlu diselesaikan melalui SCIT. Namun, Mahkamah Rayuan kemudian membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menyatakan bahawa LHDN bertindak secara tidak sah dengan mengenakan cukai dua kali terhadap transaksi yang sama.
Keputuasan Mahkamah Persekutuan
LHDN kemudiannya membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan dengan berhujah bahawa cukai berganda tidak berlaku kerana KASB tidak dikenakan bayaran serentak bagi kedua-dua RPGT dan cukai pendapatan. Walau bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan berpihak kepada KASB, dengan menyatakan bahawa RPGTA adala muktamat dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja tanpa melalui proses pembatalan yang sewajarnya.
Mahkamah turut menegaskan bahawa tindakan LHDN mengenakan taksiran tambahan di bawah ACP tanpa membatalkan RPGTA yang terdahulu bertentangan dengan prinsip undang-undang yang jelas melarang cukai berganda.
Implikasi Keputusan Mahkamah
Keputusan ini menetapkan bahawa pembayar cukai hanya boleh dikenakan cukai sama ada di bawah RPGTA atau ACP, tetapi bukan kedua-duanya sekali. Selain itu, ia juga memperkukuhkan hak syarikat dan individu dalam menangani kes percukaian yang berpotensi bercanggah dengan peruntukan undang-undang.
Dengan keputusan ini, KASB tidak lagi perlu membayar cukai tambahan RM81 juta yang dikenakan oleh LHDN, sekaligus memberikan kemenangan kepada syarikat tersebut dalam pertikaian cukai ini. Keputusan ini juga menjadi rujukan penting bagi kes-kes percukaian yang serupa di masa hadapan.
Rujukan: Berita Harian