OKU dipukul di Kemaman

Tiga Ditahan Bantu Siasatan Kes Serang OKU di Kemaman

KEMAMAN, 18 Jan – Polis telah menahan tiga individu, termasuk seorang peniaga, bagi membantu siasatan berhubung insiden serangan terhadap seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) kategori mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, semalam.

Ketiga-tiga suspek, yang berusia antara 18 hingga 60 tahun, ditahan sekitar jam 8 malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar memaklumkan bahawa mereka diberkas ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman berkaitan kes tersebut.

@zuhanizz13 viral hari ini katanya OKU langgar kedai dan di pukul betul ke#vira #virall #viraltiktok #viralvideo #fyppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal – ZUHANIZZ😘

“Kami akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca dan butiran lanjut kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, Wan Muhamad turut memaklumkan bahawa mangsa, lelaki berusia 47 tahun yang mengalami kecederaan ringan, telah menerima rawatan sebelum diserahkan kembali kepada ahli keluarganya.

Difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 9.30 pagi apabila mangsa dikatakan telah menunggang motosikal dan secara tidak sengaja melanggar sebuah gerai di pasar tani tersebut. Kejadian itu dipercayai menimbulkan kemarahan beberapa individu, termasuk peniaga dan pelanggan, yang kemudian bertindak memukul serta menyepaknya.

Verified by MonsterInsights