
Ahli Keluarga Tahanan SOSMA Dakwa Sifuddin Berbohong
KUALA LUMPUR, 24 Feb – Ahli keluarga tahanan SOSMA yang ditahan di penjara Sungai Buloh mendakwa Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution telah berbohong apabila menafikan berlakunya kes penderaan terhadap 32 individu yang melakukan mogok lapar baru-baru ini.
Dalam satu siding media yang diadakan di pejabat Lawyer for Liberty di Petaling Jaya hari ini, salah seorang daripada isteri tahanan SOSMA terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Prem Sri mendakwa dia melihat kesan kecederaan yang dialami oleh sumainya akibat dipukul.
“Saya telah melawat suami pada 16 Febuari, dan suami beri tahu dia dipukul, ditendang dan dirotan oleh pegawai penjara pada 12 Febuari, jadi bila menteri nafikan perkara tersebut, saya rasa itu bohong”.
“Dia (suami) juga tunjuk kesan luka dan kesan lebam serta mengadu sakit ketika kencing”.
Pada 13 Febuari yang lalu, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution telah menafikan tahanan dibawah SOSMA telah dipukul di Penjara Sungai Buloh.
“Semalam berita ini tular dan saya menerima banyak pertanyaan. Langkah pertama saya lakukan ialah, saya segera menghubungi Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia untuk segera membuat pemeriksaan dan Kembali melaporkan kepada saya”, ujarnya.

Tuntutan Lawyer for Liberty
Dalam kenyataan yang sama, Saifuddin berjanji pihak polis akan melakukan siasan terhadap dakwaan tersebut dengan telus.
“Isterinya mengatakan kejadian tersebut berlaku, dia dah buat laporan polis, kita tak ada apa nak disembunyikan. Kalau laporan polis dah dibuat, tugas polis ialah menjalankan siasatan”, kata Saifuddin.
Dalam sidang media tersebut, Peguam Lawyer for Liberty, N Surendren menegaskan pihaknya mempunyai tiga tuntutan terhadap pihak berkuasa dalam menangani kes berkenaan.
Pertama, kesemua pegawai penjara yang terlibat dalam kes berkenaan perlu digantung tugas supaya siasatan boleh dilakukan dengan telus.
Kedua, kami maku Kerajaan merekabentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk meneliti secara terperinci dan menyeluruh berkaitan kes ini.
Ketiga, kesemua tahanan SOSMA terbabit perlu dibebaskan daripada tahanan, dan sekiranya ada siasatan ke atas mereka, ia boleh dilakukan mengikut perundangan biasa.
Sementara itu, Latheefa Koya berkata, kes penderaan terhadap tahanan bukan satu khabar angin, gossip atau kisah dari belakang tabir. Jadi, mengapa Saifuddin begitu cepat membuat penafian dan mempertahankan pihak yang didakwa melakukan perara tersebut.
“Perkara ini sangat serius. Dah lebih 10 hari berlalu. Tiada berita kita dapat berkenaan tindakan diambil terhadap mana-mana pegawai penjara yang melakukan perkara itu.”
“Tiada satu berita mengesahkan perkara ini, dan akan membuat siasatan. Ini Malaysia apa yang sedang berlaku?”. Soalnya didalam sidang media tersebut.