Empat mayat ditemui di dalam trak tersebut, manakala lima lagi diletakkan di bawah kanvas di lokasi yang sama.

Mayat Sembilan Pelajar Ditemui dalam Keadaan Ngeri di Mexico

TLAXCALA, 7 Mac – Pihak berkuasa Mexico menemui mayat sembilan pelajar yang dilaporkan hilang ketika bercuti di negara itu. Kesemua mangsa ditemui dalam keadaan tragis di tepi jalan, yang mencetuskan kebimbangan pihak berkuasa dan masyarakat setempat.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh New York Post, kumpulan pelajar dari bandar Tlaxcala itu dilaporkan hilang pada 27 Febuari lalu ketika dalam perjalanan ke pantai di Oaxaca bagi meraikan majlis gradusai.

Lokasi dan Keadaan Penemuan

Pada 3 Mac lalu, pihak berkuasa menemukan mayat mereka dalam sebuah trak yang ditinggalkan di San Jose Miahuatlan, berhampiran sempadan negeri Puebla dan Oaxaca. Empat mayat ditemui di dalam trak tersebut, manakala lima lagi diletakkan di bawah kanvas di lokasi yang sama.

Pihak berkuasa turut menemui beberapa bahan bukti di lokasi kejadian, yang kini dianaisis untuk membantu siasatan. Penemuan ini mengesahkan unsur kekejaman yang melampau dalam insiden ini.

Kesemua mereka terdiri daripada empat wanita dan lima lelaki berusia antara 19 hingga 30 tahun. Anara yang dikenal pasti ialah, Angie Lizeth 29 tahun, Brenda Mariel 19 tahun, Jacqueline Ailet 23 tahun, Noemi Yamileth 28 tahun, Lesly Noya Terjo 21 tahun, dan Raul Emmanuel 28 tahun. Identiti mangsa kesembilan masih belum disahkan oleh pihak berkuasa.

Identiti Mangsa dan Keadaan Mayat

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa mangsa mengalami kecederaan serius yang menunjukan kemungkinan berlakunya jenayah terancang. Kesemua mereka terdiri daripada empat wanita dan lima lelaki berusia antara 19 hingga 30 tahun. Anara yang dikenal pasti ialah, Angie Lizeth 29 tahun, Brenda Mariel 19 tahun, Jacqueline Ailet 23 tahun, Noemi Yamileth 28 tahun, Lesly Noya Terjo 21 tahun, dan Raul Emmanuel 28 tahun. Identiti mangsa kesembilan masih belum disahkan oleh pihak berkuasa.

Rakaman Terakhir Sebelum Pembunuhan

Rakaman video terakhir menunjukkan para pelajar itu masih hidup ketika kenderaan mereka bergerak di lebuh raya Atilxcayotl, kira-kira 145 kilometer dari lokasi mayat mereka ditemui. Tiada maklumat jelas apa yang berlaku selepas itu.

Siasatan Berterusan, Tiada Suspek Ditahan

Setakat ini, pihak polis telah menjalankan siasatan bagi mengenal pasti dalang kejadian. namun, tiada suspek yang telah dinamakan setakat ini. Pihak Pejabat Peguam Negara Puebla telah mengumumkan bahawa mereka sedang bekerjsama rapat dengan pihak berkuasa di Tlaxcala dan Oaxaca dalam usaha mengesan dan membawa pelaku jenayah tersebut ke muka pengadilan.

Kata Pejabat Peguam Negara Puebla, Idamis Pastor Betancourt menyatakan bahawa siasatan sedang berjalan dan maklumat lanjut akan dikongsi apabila terdapat perkembangan baru.

“Buat masa ini, saya tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat. Terdapat beberapa petunjuk siasatan, namun ia tidak boleh didedahkan atas faktor kerahsiaan,” kata Betancourt dalam satu sidang media yang diadakan.

Kadar Pembunuhan di Mexico Meningkat

Insiden ini sekali lagi mencerminkan peningkatan kadar jenayah ganas di Mexico, yang terus menjadi kebimbangan utama bagi pihak berkuasa dan masyarat setempat. Menurut laporan New York Post, sebanyak 30,000 kes pembunuhan direkodkan sepanjang tahun 2023, menjadikannya salah satu tahun paling ganas dalam sejarah moden negara itu.

Pihak berkuasa kini sedang memperhebatkan usaha untuk mengekang jenayah terancang yang semakin berleluasa di negara tersebut. – New York Post

Verified by MonsterInsights