
Kebaikan Berpuasa Untuk Kesihatan dari Sudut Sains
KUALA LUMPUR, 7 Mac – Berpuasa selama 30 hari, seperti yang di amalkan dalam bulan Ramadan, bukan sahaja memberi manafaat dari segi spiritual tetapi juga terbukti mempunyai pelbagai kebaikan dari sudut kesihatan. Kajian saintifik menunjukkan bahawa berpuasa boleh membantu dalam mengekalkan keseimbangan metabolik, mengurangkan risiko penyakit kronik, serta meningkatkan kesihatan mental dan fizikal.
Pengurangan Berat Badan dan Lemak Berlebihan
Salah satu kesan ketara daripada berpuasa adalah penurunan berat badan akibat pengurangan pengambilan kalori dan peningkatan penggunaan tenaga oleh tubuh. Apabila tubuh tidak menerima makanan untuk tempoh tertentu, ia beralih kepada lemak sebagai sumber tenanga utama, satu proses yang dikenali sebagai lipolisis. Kajian yang diterbitkan dalam Obesity menunjukan bahawa berpuasa boleh membantu menurunkan berat badan sebanyak 3-8% dalam tempoh dalam tempoh 3-24 minggu.
Pengawalan Gula dalam Darah dan Sensitiviti Insulin
Berpuasa dapat meningkatkan sensitifiti insulin, menjadikan sel lebih cekap dalam menyerap glukosa daripada darah. Ini dapat mengurangkan risiko diabetis tahap 2. Kajian menunjukkan bahawa kadar gula dalam darah boleh menurun sebanyak 3% hingga 6%, sementara paras insulin pula dapat menurun sebanyak 20% hingga 31%, sekali gus membantu kawalan gula darah jangka panjang supaya menjadi lebih stabil.
Kesihatan Jantung yang Lebih Baik
Berpuasa boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dengan menurunkan kadar kolestrol LDL (buruk), meningkatkan kolestrol HDL (baik), dan mengawal tekanan darah. Menurut American Journal of Clinical Nutrition, perubahan ini dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

Meningkatkan Fungsi Otak dan Mencegah Penyakit Neurodegeneratif
Berpuasa merangsang pengeluaran brain-derived neurotrophic factor (BDNF), protein penting dalam pertumbuhan dan perlindungan sel otak. Ini dapat meningkatkan memori dan pembelajaran, serta mengurangkan risiko penyakit seperti Alzheimer dan Parkinson. kajian dalam Journal of Neuroscience menyokong bawaha berpuasa dapat melindungi fungsi kognitif.
Proses Autophagy – Pembersihan Sel Semula Jadi
Autophagy ialah proses di mana tubuh memecahkan dan membuang sel yang rosak atau tidak berfungsi dengan baik. Proses ini membantu mencegah penyakit seperti kanser, memperlahankan penuaan, dan memperbaiki sel badan. Kajian oleh Dr. Yoshinori Ohsumi, pemenang Hadiah Nobel dalam bidang perubatan, menunjukan bahawa berpuasa boleh mengaktifkan authophagy.
Meningkatkan Metabolisme dan Tenaga
Berpuasa meningkat metabolisme dengan merangsang penghasilan hormon norepinephirine. Hasil kajian menunjukkan bahawa metabolisme boleh meningkat sehingga 14%, pembakaran kalori menjadi lebih efektif, dan daya tahan fizikal turut bertambah.
Menguatkan Sistem Imun
Berpuasa membantu dalam sistem imun dengan merangsang penghasilan sel darah putih baru. Ini dapat menguatkan pertahanan badan terhadap jangkitan, mengurangkan risiko penyakit autoimun, dan mengurangkan keradangan dalam badan.
Mengurangkan Keradangan dan Risiko Penyakit Kronik
Keradangan kronik dikaitkan dengan pebagai penyakit serius seperti arthritis dan kanser. Berpuasa dapat mengurangkan penanda keradangan seperti CRP dan sitokin pro-radang, yang membantu mengawal keadaan kesihatan yang berkaitan dengan keradangan.
Meningkatkan Kesihatan Usus dan Sistem Penghadaman
Berpuasa memberi waktu rehat kepada sistem pencernaan dan meningkatkan keseimbangan bakteria baik dalam usus. Ini boleh membantu mengurangkan masalah kembung dan gastrik ringan, meningkatkan penyerapan nutrien, serta mengawal sindrom usus sensitif (IBS). Kajian dalam Gastroenterology Research and Practice menunjukkan berpuasa boleh meningkatkan jumlah bakteria probiotik dalam usus.
Kawalan Diri dan Kesejahteraan Mental
Berpuasa dapat membantu dalam mengawal selera makan dan mengurangkan ketagihan terhadap makanan tinggi gula serta makanan diproses. Ia juga menggalakkan disiplin diri, meningkatkan kesedaran dan kawalan diri, serta mengurangkan stres dan kebimbangan. Kajian dalam Journal of Psychiatric Research menunjukkan bahawa individu yang berpuasa secara berkala mempunyai tahap kemurungan dan kebimbangan yang lebih rendah.
Kelebihan Berpuasa
Berpuasa selama 30 hari bukan sahaja memberi manafaat kepada rohani tetapi juga memberi pelbagai kelebihan kepada kesihatan fizikal dan mental. Dari meningkatkan metabolisme dan siste imun hingga mengurangkan risiko penyakit kronik, manafaat berpuasa telah terbukti dalam pelbagai kajian saintifik. Namun, adalah penting untuk memastikan pemakanan yang seimbang semasa sahur dan berbuka bagi mendapatkan nutrisi yang mencukupi untuk mengekalkan kesihatan optimum.