"Berdasarkan keterangan doktor, beliau tidak dapat memastikan keadaan kesihatan Ismail Sabri selepas tempoh cuti sakit berakhir.

Siasatan SPRM: 13 Akaun Dibeku, 32 Saksi Dipanggil

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Doktor yang merawat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, masih belum dapat mengesahkan sama ada beliau boleh memberikan keterangan selepas tamat tempoh cutinya esok. Menurut laporan daripada beberapa sumber media, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah merekodkan kenyataan doktor berkenaan sebagai sebahagian daripada siasatan yang dijalankan.

“Berdasarkan keterangan doktor, beliau tidak dapat memastikan keadaan kesihatan Ismail Sabri selepas tempoh cuti sakit berakhir.

“Sekiranya beliau berada dalam keadaan sihat, SPRM akan meneruskan sesi rakaman percakapan,” kata sumber yang tidak mahu dikenali.

Pembekuan Akaun Bank dan Rakaman Keterangan Saksi

Setakat ini, SPRM telah mengambil tindakan dengan membekukan sebanyak 13 akaun bank bagi tujuan siasatan. Selain itu, seramai 32 saksi, termasuk 4 bekas pegawai yang pernah berkhidmat dengan Ismail Sabri, telah dipanggil untuk memberikan keterangan sehingga semalam.

“Sebanyak 23 saksi baharu juga akan dipanggil dalam masa terdekat bagi melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan,” tambah sumber berkenaan.

Setakat ini, SPRM telah mengambil tindakan dengan membekukan sebanyak 13 akaun bank bagi tujuan siasatan. Selain itu, seramai 32 saksi, termasuk 4 bekas pegawai yang pernah berkhidmat dengan Ismail Sabri, telah dipanggil untuk memberikan keterangan sehingga semalam.

Rakaman Keterangan Doktor Berhubung Kesihatan Ismail Sabri

Pada Jumaat lalu, pegawai penyiasat SPRM dilaporkan telah menemu bual seorang doktor bergelar Datuk di sebuah hosital di Petaling Jaya. Doktor tersebut adalah individu yang merawat Ismail Sabri dan telah dipanggil untuk memberikan maklumat mengenai tahap kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.

Ismail Sabri pada asalnya dijadualkan hadir di Ibu Pejabat SPRM pada hari yang sama bagi memberi keterangan. Bagaimanapun, beliau tidak dapat hadir atas faktor kesihatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa sesi rakaman percakapan telah dijadualkan semula ke hari Rabu berikutan beliau masih diberikan sjil cuti sakit (MC).

Pengisytiharan Harta dan Perkembangan Siasatan

Menurut sumber media, pada 10 Febuari lalu, Ismail Sabri telah menyerahkan maklumat pengisytiran harta sebelum keteragannya dijadualkan untuk direkodkan pada 19 Febuari.

Kes ini sedang disiasat mengikut peruntukan Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktivit Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Rampasan Wang Tunai dan Emas

Dalam perkembangan terkini, beberapa laporan media menyatakan bahawa SPRM dilaporkan telah megambil tindakan berkaitan penyitaan wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa seperti Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc, dan Yuan. Selain itu, sebanyak 16 kilogram jongkong emasyang dianggarkan RM7 juta turut dikatakan telah disita sebagai sebahagian daripada siasatan.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan bahawa SPRM telah merekodkan keterangan daripada 36 individu berkaitan siasatan terhadap kes ini.

Siasatan Masih Berjalan

Siasatan terhadap kes ini masih berjalan, dan pihak berkuasa dijangka akan mengumumkan perkembangan terkini berdasarkan maklumat rasmi. Orang ramai dinasihatkan untuk menunggu kenyataan rasmi sebelum membuat sebarang kesimpulan mengenai kes ini. Pihak berkaitan juga diminta memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan lancar.

Verified by MonsterInsights