Kenyataan Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari, berhubung pencalonan Yusri Bakir sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRK Ayer Kuning bukan sekadar sinis, tetapi memperlihatkan satu bentuk hipokrasi politik yang berakar dalam DNA kepimpinan PAS – menjerit soal integriti tetapi lupa memeriksa rekod mereka sendiri yang jauh lebih kabur dan mencurigakan berbanding pihak lawan.

PRK Ayer Kuning: PAS Perlu Cermin Diri Mereka

SEPANG, 9 Apr – Kenyataan Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari, berhubung pencalonan Yusri Bakir sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRK Ayer Kuning bukan sekadar sinis, tetapi memperlihatkan satu bentuk hipokrasi politik yang berakar dalam DNA kepimpinan PAS – menjerit soal integriti tetapi lupa memeriksa rekod mereka sendiri yang jauh lebih kabur dan mencurigakan berbanding pihak lawan.

Pekeliling KPM 2023: Fakta atau Alat Fitnah?

Dalam hantaran Facebooknya, Fadhli mempersoalkan keaktifan politik Yusri ketika masih bergelar penjawat awam gred DG52 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Malangnya, kritikan beliau dilihat separuh masak dan gagal memahami garis panduan yang telah digariskan sendiri oleh kementerian.

Pekeliling Perkhidmatan Pendidikan pada tahun 2023 dengan jelas menyatakan bahawa pegawai pendidikan dari gred DG41 hingga DG48 dibenarkan bergiat aktif dalam politik, dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Setiausaha KPM.

Meskipun gred DG52 tidak disenaraikan, Yusri bukan seorang pegawai atasan di kementerian, tetapi hanya ketua jabatan di sebuah IPG – kedudukan yang tidak termasuk dalam larangan langsung selagi tidak memegang jawatan pentadbiran tertinggi atau mengetuai institusi penuh.

Kenyataan Fadhli ini bukan sahaja menggambarkan kejahilan terhadap dasar pentadbiran awam, malah boleh dianggap cubaan terdesak untuk menimbulkan persepsi negatif menjelang pilihan raya kecil.

Yusri Bakir: Calon Berilmu, Berpengalaman dan Bersih

Berbeza dengan naratif fitnah yang cuba ditiup PAS, Yusri Bakir memiliki latar belakang akademik yang cemerlang – berkelulusan PhD dalam Pendidikan Islam dari UPSI, serta pernah mengetuai Jabatan Pendidikan Islam dan Moral di sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) di Ipoh. Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi NGO pendidikan kanak-kanak di Tapah, yang giat menjalankan program pemerkasaan anak-anak B40 dan pelajar luar bandar.

Sejarah penglibatan beliau dalam UMNO Bahagian Tapah bukan rahsia. Beliau dilantik sebagai setiausaha bahagian sejak tahun 2020, iaitu selepas dinaikkan ke gred DG52, bukan semasa berada di dalam gred yang dilarang aktif politik. Maka pertikaian PAS jelas tidak berpijak pada fakta, tetapi pada rasa takut kehilangan kerusi yang mereka idam-idamkan.

Kenyataan Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari, berhubung pencalonan Yusri Bakir sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRK Ayer Kuning bukan sekadar sinis, tetapi memperlihatkan satu bentuk hipokrasi politik yang berakar dalam DNA kepimpinan PAS – menjerit soal integriti tetapi lupa memeriksa rekod mereka sendiri yang jauh lebih kabur dan mencurigakan berbanding pihak lawan.

Hipokrasi Terserlah: PAS Juga Gunakan Penjawat Awam Sebagai ‘Proksi Politik’

Lebih melucukan, PAS sendiri mempunyai rekod tokoh-tokoh yang bergiat aktif dalam politik sewaktu masih berstatus penjawat awam, malah sebahagian daripadanya dinaikkan sebagai menteri dan ahli parlimen selepas Langkah Sheraton.

Contoh paling ketara ialah Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, bekas pensyarah kanan dan pegawai di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang sejak sekian lama aktif dalam PAS ketika masih berada dalam struktur perkhidmatan kerajaan. Beliau menyertai PRU sebagai calon PAS pada tahun 2008, 2013 dan menang pada 2018, lalu dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi pada tahun 2020.

Adakah PAS ketika itu menganggap penglibatan Khairuddin satu kesalahan? Tidak. Malah mereka mengangkat beliau sebagai lambang “ulama teknokrat”. Kini apabila pihak lawan menggunakan tokoh berpendidikan Islam untuk menguatkan jentera politik, PAS cepat-cepat membunyikan loceng kecemasan – satu sikap ‘double standard’ yang semakin memualkan.

Realiti PRK Ayer Kuning: PAS Tahu Mereka Lemah

PRK Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandang BN, Ishsam Shahruddin pada 22 Februari 2024. Pada PRU-15, beliau menang dengan majoriti 2,213 undi dalam pertandingan lima penjuru. Kini, calon PAS ialah Yang Dipertua PAS Tapah, Abdul Muhaimin Malek seorang individu yang kurang dikenali di peringkat nasional dan setakat ini gagal menonjolkan wibawa atau pengalaman setanding calon BN.

PAS tahu mereka berdepan laluan sukar, apatah lagi dengan prestasi pentadbiran negeri yang lemah di Terengganu, Kelantan dan Kedah. Maka, seperti biasa, mereka kembali ke taktik lama menyerang peribadi, mengalihkan perhatian daripada isu sebenar dan menunggang sentimen penjawat awam.

Pengundi Lebih Bijak Daripada Retorik Kosong

Pengundi di Ayer Kuning khususnya yang terdiri daripada golongan pendidik, penjawat awam dan pengundi muda semakin celik politik. Mereka melihat calon bukan sekadar lambang parti, tetapi juga kualiti individu, integriti dan kebolehan mentadbir serta menyumbang kembali kepada komuniti.

Jika PAS benar-benar mahu bersaing secara sihat, mereka harus tampilkan calon yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, bukan terus-terusan menjaja persepsi dengan harapan rakyat terus dibuai slogan dan retorik agama.

Ketakutan PAS Terhadap calon BN dari UMNO

Tuduhan yang dilemparkan oleh PAS terhadap Yusri Bakir sebenarnya lebih mencerminkan ketakutan mereka terhadap calon yang berpotensi mengancam dominasi mereka di kerusi berkenaan. Ironinya, parti yang sering mendabik dada kononnya memperjuangkan Islam tidak segan silu menggunakan taktik politik murahan demi kelangsungan kuasa. Memalukan!!

Sudah tiba masanya PAS berhenti menjadi “parti syok sendiri”, dan mula menjadi “parti yang benar-benar mendengar denyut nadi rakyat daripada menyebar kebencian terhadap calon BN dari UMNO dan bertindak matang dan profesional lah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning kali ini kerana rakyat setempat bijak menilai mana satu intan dan mana satu kaca untuk mereka pada PRK kali ini.” – Biswardi Hasbi

One thought on “PRK Ayer Kuning: PAS Perlu Cermin Diri Mereka

Comments are closed.

Verified by MonsterInsights