
Sandwich ‘Ham & Cheese’ Cetus Kontroversi, Premis di UM Ditutup
KUALA LUMPUR, 11 JANUARI 2025 – Universiti Malaya (UM) telah mengambil langkah segera dengan mengarahkan penutupan serta-merta dua premis jualan runcit 24 jam dalam kampus berikutan dakwaan berkenaan produk sandwich yang memaparkan label ‘sandwich ham & cheese’ dan keraguan terhadap penggunaan logo halal pada produk tersebut.
Tindakan ini bertujuan memberi ruang untuk siasatan menyeluruh dijalankan tanpa gangguan. Penutupan premis tersebut akan berkuat kuasa sehingga pengumuman selanjutnya dibuat.
UM menegaskan komitmennya untuk memastikan semua produk yang dijual dalam kawasan kampus mematuhi undang-undang, piawaian, dan peraturan berkaitan.
